Monday, June 15, 2009

Cinta Terbaik Lahir Dari Hati

Cinta yang benar-benar membahagiakan adalah cinta lahir dari hati. Bila ia sudah ada, sinarnya akan menyentuh hati yang lain, seseorang yang wajahnya terbayang di fikiran Anda. Jika Anda duduk berhampiran dengan seseorang, sesiapa saja dia akan turut merasa aura cinta Anda. Tenang semacam dia jadinya.

Bagi saya cinta punya kuasa tersendiri membentuk emosi kita. Sekarang ini, setelah selesai mengkaji minda, saya mengkaji soal cinta dan kesannya pada diri kita dalam membentuk motivasi. Anda tak Anda cinta? Tak ada kekasih? Ish, biar betul!

Hmm..pesanan saya, janganlah kita berbohong pada diri sendiri. Jika Anda sedang bercinta tapi Anda menidakkannya, ia menjadi satu doa, umpama Anda meminta perhubungan Anda diputuskan satu hari nanti. Ni bukan main-main punya cerita cinta, tapi hasil pemerhatian saya.

Berterus terang saja. Biar orang lain tahu Anda sedang dilamun cinta dengan seseorang. Sebab, jika mereka dah tahu, ia umpama satu doa yang meminta supaya hubungan Anda dikekalkan satu hari nanti. Trust me.

Fikiran orang lain juga adalah satu bentuk doa ditujukan untuk diri kita. Apa yang mereka fikir tentang kita, juga akan mempengaruhi kita, emosi kita dan perangai kita keseluruhannya. Apa yang saya katakan ini sedikit ganjil bagi Anda.

Tapi, itulah yang telah saya lalui. Apa yang kita fikirkan tatkala melihat orang lain, akan membentuk situasi di mana kita berada nanti.

Begitu juga dengan orang lain. Apa yang mereka fikirkan tentang kita, turut membentuk situasi di mana kita akan berada, kerana gelombang fikiran mereka sedikit sebanyak mempengaruhi gelombang fikiran kita.

Dalam soal cinta, untuk kita merasa bahagia menikmati cinta, maka biarlah ia lahir dari hati. Hati pun kena baik dan dibentuk menjadi baik, penuh dengan perasaan-perasaan positif dan emosi-emosi positif. Jika ada titik hitam walaupun sedikit, ia akan memburukkan keindahan hati lalu membuat Anda berperangai buruk juga. Titik hitam itu membuat hati Anda kotor serba serbinya, luar dan dalamnya.

Jangan pandang negatif pada cinta. Sebenarnya cinta memberi kesan dalam hidup kita mengikut persepsi kita terhadap cinta. Kalo kita anggap cinta itu menyeksakan, sepanjang masa hidup kita juga akan penuh dengan situasi-situasi yang menyeksakan.

Jika kita percaya cinta membahagiakan, sepanjang masa hidup kita akan penuh dengan situasi-situasi yang membahagiakan. Kerana merasa bahagia, tidak mustahil Anda boleh muncul menjadi orang berjaya dalam kerjaya, perniagaan dan pelajaran Anda. Kebahagiaan cinta mendorong Anda berjaya dalam apa saja yang Anda sedang usahakan sekarang ini.

Bahagiakanlah diri kita dengan cinta, kerana cinta boleh membuat kita menjadi orang berjaya. Let love make you strong!

0 comments:

Post a Comment