Monday, June 15, 2009

Kita Perlu Lepaskan Sesuatu Untuk Mendapat Sesuatu

Kita perlu lepaskan sesuatu, untuk mendapat sesuatu yang lain. Kita tidak boleh mendapat dua perkara sekaligus, tetapi kita kena beri laluan pada yang paling utama terlebih dahulu.

Teringat kata-kata Ben Parker, pakcik kepada Peter Parker dalam filem Spiderman.

"With great power, comes great responsibility". Bagi saya, kata-kata itu terubah menjadi "with a great knowledge, comes a great responsibility."

Sekaranglah masanya untuk saya aplikasikan apa yang saya tahu dan apa yang dah saya baca dalam banyak buku motivasi. Mesti ada hikmah mengapa Allah temukan saya dengan dugaan fizikal dalam latihan sukan, dugaan mental dalam kerjaya lalu dugaan emosi dalam kehidupan bujang, tinggal bersama keluarga.

Kemudian, saya terfikir untuk menjadikan ketiga-tiga dugaan sebagai tools yang diperalat untuk meng'explore' lebih banyak bakat dan kemahiran, termasuk mengasah kemahiran yang sedia ada. Dalam keluarga, saya amat bersyukur sebab saya dapat peluang menjadi atlit sukan, menjadi internet marketer kemudian menjadi penulis blog yang benar-benar mencabar diri saya.

Semua itu bagaikan menyediakan saya untuk sesuatu. Jadi, sejak menyedari mengapa cabaran dimunculkan dalam hidup saya, saya terus menerus mem'push' diri sendiri hingga ke tahap maksima. Push to the limit kata orang putih.

Lagi satu, saya benar-benar bersyukur sebab hingga ke saat ini, saya dikurniakan kesihatan yang amat luar biasa. Selesma hilang dengan cepat, dah masuk setahun 6 bulan tak pernah demam kemudian saya disahkan bebas dari sebarang alahan, gastrik, migrain, atau sak0t-sakit yang lain. Itu membuat saya bebas membaham makanan laut dan apa yang adik beradik saya alergik nak makan. Syukur alhamdulillah.

Mungkin, saya kena lepaskan tanggungjawab pada keluarga buat seketika untuk saya mengejar matlamat terlebih dahulu. Matlamat saya lebih penting, kerana saya masih tak puas hati selagi ia masih belum berjaya dicapai! Saya percaya hidup ini penuh dengan pelbagai kebahagiaan dan keajaiban. Semua cabaran yang saya lalui, hanya sementara saja.

Atasi Stress Dengan Cinta

Kali ni saya berjumpa dengan penemuan terbaru. Tahu tak, kita boleh menangani stress dengan cinta? Memang boleh, jika Anda tahu caranya. Tapi bagaimana nak menangani stress dengan cinta?

1. Cinta telah diketahui sebagai emosi yang paling kuat kesannya pada diri manusia. Jika Anda sedang stress, pergilah berjumpa orang yang Anda cintai, isteri Anda atau kekasih Anda.

Luahkan stress padanya, minta dia dengar saja luahan Anda. Lama-kelamaan, bila meluah Anda akan merasa lebih tenang. Meluah secara berdepan lebih berkesan berbanding meluah melalui telefon atau kiriman sms.

Jika Anda stress sebab orang hentam Anda, ada orang permainkan Anda atau ada orang permainkan Anda, meluah membuat Anda rasa lega. orang kita paling percaya adalah orang yang kita cinta, bahkan kita percayakan dia lebih dari kita percayakan ibu dan bapa sendiri.

2. Lupakan stress buat sementara, dalam 10 minit. Sepanjang 10 minit itu, biarkan rasa bahagia menguasai Anda sepenuhnya. Bayangkan wajah kekasih Anda, isteri atau suami Anda.

Bayangkan seolah-olah dia ada di depan mata Anda, senyum pada Anda dan Anda melihat dia melambai-lambai ke arah Anda sambil tertawa riang. Siapa yang tak bahagia bila camtu, ya tak? Bayangkan sekerap yang mungkin. Ia akan membuat Anda 'feel good' lalu merubah emosi Anda dari tertekan menjadi riang.

3. Ingat semula kenangan-kenangan ketika Anda dan dia duduk bersama, berbual-bual bersama atau tertawa bersama. Ingat saat itu selama yang mungkin, tutup mata untuk menikmati keseronokannya seolah-olah ia baru saja berlaku 7 jam yang lalu! Anda akan merasa tenang dan bahagia.

4. Ketika bekerja atau ketika sedang melakukan sesuatu, bayangkan dia ada di sebelah Anda. Ya, bayangkan seolah-olah Anda mendengar suaranya, mencium haruman rambutnya, melihat anak matanya dan menikmati kemanisan senyuman di bibirnya.

Bayangkan dia membantu Anda, memberitahu Anda untuk menolong menyempurnakan apa yang sedang Anda lakukan. Bayangkan seolah-olah dia ada, duduk rapat bersebelahan dengan Anda, memberi sokongan moral khas buat Anda. Paling senang, bayangkan seolah-olah dia dekat dengan Anda, Anda dapat merasai kehadirannya di situ.

4. Jika anda tertekan sebab esok nak exam, luangkan seminit dua gembirakan diri sendiri dengan cinta. Come on, Anda ada hak untuk membahagiakan diri sendiri, kerana diri Anda adalah milik Anda dan dia adalah Anda!

Usah takut dengan komen-komen negatif di sekeliling dari kawan-kawan, adik beradik atau sesiapa saja. Niatkanlah agar cinta itu membuat Anda jadi gembira lalu menjadikan Anda kebal berdepan dengan stress ketika menghadapi peperiksaan.

Itulah dia 4 panduan bagaiman untuk Anda menangani stress dengan cinta. Ada lagi beberapa panduan lain, tapi saya akan keluarkan untuk artikel-artikel seterusnya. Asasnya begini. Jika kita melawan stress, kita akan berjumpa dengan lebih banyak perkara yang membuat kita makin stress sebab fikiran kita asyik menumpu pada usaha melawan stress!

Tetapi, jika kita menumpu fikiran pada usaha membina cinta bahagia, kita akan berjumpa dengan lebih banyak perkara yang membuat kita makin rasa bahagia dalam bercinta. Seterusnya, kita mungkin akan menikmati rasa bahagia sepanjang masa jika kita memfokus rasa cinta sebanyak yang mungkin, selama yang mungkin di fikiran.

Stress membuat Anda sengsara. Cinta membuat Anda bahagia. Kesan dari merasa bahagia, Anda muncul cemeralang dalam apa jua yang Anda usahakan, sama ada dalam pelajaran, pekerjaan atau perniagaan.

Cinta Terbaik Lahir Dari Hati

Cinta yang benar-benar membahagiakan adalah cinta lahir dari hati. Bila ia sudah ada, sinarnya akan menyentuh hati yang lain, seseorang yang wajahnya terbayang di fikiran Anda. Jika Anda duduk berhampiran dengan seseorang, sesiapa saja dia akan turut merasa aura cinta Anda. Tenang semacam dia jadinya.

Bagi saya cinta punya kuasa tersendiri membentuk emosi kita. Sekarang ini, setelah selesai mengkaji minda, saya mengkaji soal cinta dan kesannya pada diri kita dalam membentuk motivasi. Anda tak Anda cinta? Tak ada kekasih? Ish, biar betul!

Hmm..pesanan saya, janganlah kita berbohong pada diri sendiri. Jika Anda sedang bercinta tapi Anda menidakkannya, ia menjadi satu doa, umpama Anda meminta perhubungan Anda diputuskan satu hari nanti. Ni bukan main-main punya cerita cinta, tapi hasil pemerhatian saya.

Berterus terang saja. Biar orang lain tahu Anda sedang dilamun cinta dengan seseorang. Sebab, jika mereka dah tahu, ia umpama satu doa yang meminta supaya hubungan Anda dikekalkan satu hari nanti. Trust me.

Fikiran orang lain juga adalah satu bentuk doa ditujukan untuk diri kita. Apa yang mereka fikir tentang kita, juga akan mempengaruhi kita, emosi kita dan perangai kita keseluruhannya. Apa yang saya katakan ini sedikit ganjil bagi Anda.

Tapi, itulah yang telah saya lalui. Apa yang kita fikirkan tatkala melihat orang lain, akan membentuk situasi di mana kita berada nanti.

Begitu juga dengan orang lain. Apa yang mereka fikirkan tentang kita, turut membentuk situasi di mana kita akan berada, kerana gelombang fikiran mereka sedikit sebanyak mempengaruhi gelombang fikiran kita.

Dalam soal cinta, untuk kita merasa bahagia menikmati cinta, maka biarlah ia lahir dari hati. Hati pun kena baik dan dibentuk menjadi baik, penuh dengan perasaan-perasaan positif dan emosi-emosi positif. Jika ada titik hitam walaupun sedikit, ia akan memburukkan keindahan hati lalu membuat Anda berperangai buruk juga. Titik hitam itu membuat hati Anda kotor serba serbinya, luar dan dalamnya.

Jangan pandang negatif pada cinta. Sebenarnya cinta memberi kesan dalam hidup kita mengikut persepsi kita terhadap cinta. Kalo kita anggap cinta itu menyeksakan, sepanjang masa hidup kita juga akan penuh dengan situasi-situasi yang menyeksakan.

Jika kita percaya cinta membahagiakan, sepanjang masa hidup kita akan penuh dengan situasi-situasi yang membahagiakan. Kerana merasa bahagia, tidak mustahil Anda boleh muncul menjadi orang berjaya dalam kerjaya, perniagaan dan pelajaran Anda. Kebahagiaan cinta mendorong Anda berjaya dalam apa saja yang Anda sedang usahakan sekarang ini.

Bahagiakanlah diri kita dengan cinta, kerana cinta boleh membuat kita menjadi orang berjaya. Let love make you strong!

Semata Menguji Sejauh Mana Cinta

Berhati-hati jika Anda nak menguji kekasih Anda sama ada dia cinta betul-betul atau main-main. Cukuplah cuma sekali, jangan banyak kali. Bahaya!

Mungkin, kekasih Anda yang Anda nak uji tu akan naik fedap, boring sebab dia hanya diuji. Sebelum Anda menyesal nanti atau sebelum terjadi apa-apa permasalahan antara Anda dengan kekasih Anda, hati-hati ketika menguji sejauh mana cinta.

Pada pandangan saya, cinta tak perlu diuji. Kita boleh rasa sendiri, fikir sendiri cemana tahapnya. Jika kita gembira kerana cinta, itu maknanya cinta kita bahagia. Tetapi, jika kita asyik termenung panjang, sugul dan kurang gembira, itu maknanya cinta kita tak bahagia atau sedang di landa masalah. Mungkin bergaduh, mungkin juga sebab salah faham.

Cinta bukan untuk diuji sejauh mana dan seteguh mana kukuhnya. Ia sepatutnya dinikmati kemudian dijadikan sebagai booster motivasi untuk Anda muncul cemerlang dalam pelajaran, kerjaya atau perniagaan.